Corakkan Gambar Anda!

by 4L-F4Ri3D at/on 5:49 PM
in
0 comments




Anda mungkin bosan dengan rupa bentuk gambar anda yang tidak menarik,apa kata anda cuba gunakan facebomb ,anda hanya perlu upload gambar dari hardrive anda,kemudian pilih dan hiaslah gambar anda itu sesuka hati...Selamat Mencuba


Mengapa Wahabi tidak sesuai?

by 4L-F4Ri3D at/on 5:07 PM
in
0 comments


Pendekatannya yang ekstrem.

Sejarah menunjukkan ia lahir dan berkembang dalam suasana yang sangat ekstrem buruknya,sampai ke peringkat memuja kubur dan sebagainya,dalam sifat seolah-olah berhala di zaman jahiliyah,Syeikh Muhammad Bin Abd Wahab pegasas kepada mazhab tersebut terpaksa menghadapi gelagat masyarakat semenanjung Arab dan sekitarnya pada waktu yang sudah kembali berperang sesama sendiri dengan keadaan seperti di zaman jahiliyah.Bangsa yang dihadapi beliau itu ialah masyarakat padang pasir yang keras kepala,tidak seperti orang melayu di Malaysia yang lain sekali wataknya.


Mengamalkan mazhab tersebut di Malaysia sekarang tidak ubah seperti memakai baju besi sebagai pakaian harian.Ia bukan salah,tetapi sangat tidak sesuai kerana persekitaran hidup tidak memerlukan kita berpakaian sebegitu.Baju besi itu boleh di simpan di Muzium dan diberi pujian setinggi-tinggi kerana pernah menyelamatkan sebahagian dari ajaran dan masyarakat islam pada saat terlalu kritikal,iaitu pada saat kejatuhan kerajaan Uthmaniah.Di Arab Saudi sendiri,Wahabi tidak dipopularkan.Mereka lembutkan sedikit pendekatannya dengan menggunakan istilah Salafi,iaitu Ortodoks.

Apatah lagi dengan sifat orang Melayu.Kalau nasi yang masih panas terus dimakan disifatkan gelojoh.Seorang budiman dikalangan kita adalah orang yang cakapnya berlapik.Ringkasnya,Mazhab itu kalaupun sekiranya bagus tetapi tidak sesuai dengan budaya orang melayu,cukup behikmah dan kejayaanya terlipat dalam kehalusan budi.Kata orang tua-tua,jangan kedidi nak berjalan macam bangau.Sejarah telah menunjukkan kepada kita mazhab yang paling awal datang ke negara ini adalah Syiah.Tetapi kekasarannya tidak sesuai dengan budaya Melayu,lalu digantikan dengan Mazhab Syafi’i dan cukup selesa dengan pendekatan sederhana mazhab itu.

Dalam masyarakat ini,mazhab Syafi’i terlalu dominan.Menerima mazhab Wahabi boleh memecahkan keutuhan masyarakat dan bangsa kita yang sudah bermazhab Syafi’i sejak turun temurun.Maksudnya,mazhab Wahabi akan menjadi faktor pemecah kerana secara logiknya,mustahil semua orang melayu akan menerima mazhab tersebut.Bebeza di Saudi pada zaman kelahiran mazhab tersebut,kerana negara itu didominasi oleh Mazhab Hanbali,dan Wahabi merupakan pembaharuan ataupun Tajdid kepada mazhab berkenaan sepertimana yang telah dimulakan oleh Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim.Maksudnya,kalau kita mahu pembaharuan,sepatutnya berdasarkan prinsip dan usul mazhab Syafi’i sendiri yang sudah dominan dalam masyarakat kita.

Setakat ini,isu yang dibawa oleh mazhab tersebut lebih bersifat remeh dan terlalu kecil yang terdedah kepada polemik dan berpanjangan tanpa hujung.Kita akan terperangkap dalam polemik itu sampai akan melupakan perkara yang paling asas iaitu perpaduan ummah dan persaudaraan Islam sejagat.Pengalaman perpecahan Kaum Tua-Kaum Muda dalam negara ini dulu banyak mengajar kita.Antaranya kita telah menghabiskan masa dalam berpolemik dalam hal remeh temeh sedangkan orang kafir berkerja dengan sepenuh tenaga untuk mencapai kemajuan.Maka apabila kita merdeka baru kita sedari,para pendatang yang sangat miskin pada saat mula kedatangan mereka itu mula menjadi kaya.

Wahabi adalah satu mazhab yang pernah berjasa mendirikan benteng pertahanan Islam di Arab Saudi pada suatu ketika dulu berdasarkan kepada methodna yang keras dan tegas.Tetapi untuk diamalkan dalam masyarakat Melayu sekarang hanya akan menyongsang perkembangan Islam yang ada dengan segala kejayaan yang telah dicapai.Samalah juga dengan mazhab Syiah.Ia pernah berjasa menjayakan revolusi Iran dibawah kepimpinan Khomeini.Percubaan sesetengah dari kalangan kita untuk mengikut jejak mazhab itu bagi kejayaan umat Islam dalam negara ni gagal.Sebabnya,kita bukan Iran,Raja kita bukan Shah Iran dan para ulama kita bukan Khomeini.

Dipetik dari: AL-ISLAM


Masyghul Jiddan...

by 4L-F4Ri3D at/on 5:03 PM
in
0 comments

Salam buat semua sahabat-sahabat saya sekalian,mohon maaf kerana agak lama saya tidak mengarang kerana terlalu sibuk dengan berbagai-bagai urusan,Alhamdulillah,saya sekarang berada di Malaysia,tanah air tercinta,Untuk pengetahuan semua,saya dan adik(Zikri) telahpun sampai di KLIA jam 10pagi waktu tempatan,jutaan kesyukuran kami panjatkan kerana penerbangan kami(GulfAir) tidak mempunyai apa-apa masalah.Di KLIA semua anggota keluarga termasuk nenek menunggu kami berdua,dari sana kami terus pulang ke Terengganu dengan menaiki Toyota UNSER,memang amat memenatkan.Secara jujurnya memang terasa agak asing bila melihat suasana di Malaysia,terasa seperti berada di negara orang pulak,cuaca yang berbeza,masyarakat yang berbeza.Hidup di Malaysia amat selesa,jauh bezanya dengan negara Yaman,tetapi banyak pula masalahnya dari segi sosial,jenayah dan sebagainya.

Dalam minggu lepas saya dah mula belajar sambil berkerja di syarikat ayah (Medi-Ihsan Sdn Bhd),macam-macam kerja kena buat,maklumlah BELAJAR,kadang-kadang saya ke Kandang Kambing,disana perlu berkerja sebagai seorang penternak kambing,seperti bersihkan kandang,bagi makan kambing,juga saya terlibat dalam pemprosesan baja,kerana anak syarikat Medi-Ihsan iaitu Ihsan Resources sdn bhd mengeluarkan produk Baja Organik Kambing,hmm…banyak juga yang saya dapat ambil manfaat dari mereka,dapat juga mengamalkan sunnah Nabi s.a.w,iaitu mengembala kambing,bukannya mudah nak jaga kambing ni,hehe.macam-macam perangai,yang ni melompat-lompat,yang tu tanduk-menanduk.haii,kambing…….kambing

Saya juga berkhidmat sebagai pembantu pengawai pemasaran,tapi kerjanya mudah je,kena cari market.Banyak juga Nursery,Kedai Hardware dan Ladang Tanaman yang tempah Baja Organik Kambing kami,dan tugas saya juga untuk hantar Baja-baja ke lokasi mereka.Buat setakat ni,belum ada lagi yang luar dari Terengganu.Insyallah kita akan luaskan lagi pasaran jika ada permintaan.Sekian



Tujuh perkara ganjil.

by 4L-F4Ri3D at/on 6:56 PM
in
0 comments


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam.


Ramadhan Ya Ramadhan

by 4L-F4Ri3D at/on 2:45 AM
in
0 comments

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada pembaca sekalian,
Alhamdulillah,aku berkesempatan menunaikan ibadah puasa di Yaman,tahun ini agak ganjil sedikit kerana Bandar Sana'a dihujani dengan hujan yang amat lebat bermula 1 ramadhan,kalau di Malaysia taklah begitu pelik,kerana malaysia adalah negara Tropika,tetapi Yaman adalah negara pergunungan dan padang pasir..


Bentuk masjid di yaman

Hari pertama,selepas bersahur aku ke masjid bersama ismail,terkejut jugak aku bila tengok masjid yang berdekatan dengan rumah aku tu penuh macam solat jumaat,sampai atas jalan kat luar masjid pun ada orang bentang sejadah dan solat kat situ..huh..hebat betul.kelihatan ramai kanak-kanak bawah 10tahun bersama ayah2 mereka ikut ke masjid jugak,budak-budak muda yang diwaktu petang melepak kat tepi jalan pun ada...masya-A
llah...kalau di Malaysia memang tak kelihatan rasanya suasana mcm ni,selepas selesai solat subuh,berduyun2 jemaah keluar dari masjid,tapi tidak kurangnya yang membaca quran dan berzikir didalam masjid,masing2 mengucapkan ucapan "ramadhan karim! ramadhan mubarak!" kepada rakan2..maklumlah,adat orang2 arab memang sebegitu,hidup mereka dipenuhi dengan ucapan..Life full with a Greetings..

7-Eleven di Yaman



Nak couple ke?

by 4L-F4Ri3D at/on 7:34 PM
in
0 comments


Bila kita sebut tentang bercouple,akan terbayang keadaan lelaki dan wanita yang asyik dilamun cinta,ada yang bertahun-tahun lamanya,walaupun penghujungnya tidaklah sampai ke pelamin.

Berkasih sayang itu memang salah satu dari lumrah setiap insan,terciptanya lelaki dan wanita di alam dunia ini ada maksudnya,Habis tu kenapa harus dipermasalahkan? Bukankah cinta itu fitrah setiap anak Adam? Bukankah setiap orang memerlukan masa penyesuaian sebelum pernikahan?...Hmmm

Berkata Imam Qurthubi: ALLAH SWT memuliakan wanita kerana kebanyakan manusia menginginkannya, juga kerana mereka merupakan jerat-jerat syaitan yang menjadi fitnah bagi kaum lelaki, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada
wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Oleh kerana cinta merupakan fitrah manusia, maka ALLAH SWT menjadikan wanita sebagai perhiasan dunia dan nikmat yang dijanjikan bagi orang-orang beriman di syurga dengan bidadarinya.

Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Oleh kerana itu, Islam tidak membiarkan fitnah itu tersebar tanpa batasannya. Islam telah
mengatur dengan tegas bagaimana menyalurkan cinta, juga bagaimana batasan pergaulan antara dua insan berlawanan jenis sebelum nikah, agar semuanya tetap berada pada landasan etika dan norma yang sesuai dengan syariat.


Diantaranya:

1: Menundukkan pandangan.
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firmanNya: Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 30). Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH erfirman: Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya (an-Nuur: 31).

2. Menutup aurat.
ALLAH berfirman: Dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya (an-Nuur: 31). Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita.
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firmanNya: Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan perempuan.
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim). Dari Jabir bin Samurah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih).
5.Tidak melunakkan ucapan (percakapan).
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT: Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir: Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya (Tafsir Ibnu Kathir 3/350). 6.Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis. Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata: Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginya (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir). Berkata Syaikh al-Albani Rahimahullah: Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya (Ash-Shohihah 1/448). Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata: Demi ALLAH, tangan Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat (Hadis Riwayat Bukhari). Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak Adam bahagiannya dari zina, yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan erbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan-angan, lalu farji/kemaluan yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Abu Daud).

Hukum Bercouple

SETELAH memerhatikan ayat Quran dan hadis tadi, maka tidak diragukan lagi bahawa bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut:

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya. 2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab. 3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah. 4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya. 5. Ketika Bercouple kerap terjadi saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan. 6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Diantara Fatwa Ulama':

Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin
ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sesudah lamaran ataupun belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.

Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya: Jika ada seseorang lelaki yang
berbual-bual mesra dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram? Jawab beliau: Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana menjalinkan hubungan seperti
itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya
untuk menghindari surat-menyurat, pembualan melalui telefon serta perbuatan semacamnya demi menjaga agama dan kehormatan diri kita.

Syaikh Jibrin juga ditanya: Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau: Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya). Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya (al-Ahzaab: 32).

Tetapi jikalau pembualan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu tidak mengapa apabila selamat daripada fitnah, akan tetapi hanya sekadar keperluan.

Oleh itu,Marilah kita sama-sama menjauhi perkara yang seumpama itu dan mejauhi hal-hal yang telahpun dilarang (haram). Tegakkanlah yang benar dan katakanlah salah kepada yang batil. Janganlah berhujah untuk membenarkan perkara yang telah terang haramnya di sisi ALLAH...sekian


Random

by 4L-F4Ri3D at/on 12:57 AM
in
0 comments


Aisyah...anak sulong syed faris


My Pendrive


Pepsi dan Suhail....


For Tourist...


Sirajuddin,Aku dan Suhail...


My Perfume...


Masa itu berharga.....




Bersama Dr.Noor Ibrahim

by 4L-F4Ri3D at/on 12:31 AM
in
0 comments





Darul Hajar

Alhamdulillah,sepanjang minggu lepas dan minggu ni,aku sempat luangkan masa bersama Dr.Noor Ibrahim dan keluarga,beliau adalah seorang sahabat karib ayah aku,beliau datang ke sana'a yaman,atas tujuan untuk menghantar anak beliau ke sini Ismail,kami ke Darul hajar pada permulaannya untuk meninjau bangunan antik yang dibina diatas batu,kemudian kami ke Babul Yemen,kota tertua didunia,yang dibina oleh Sam bin Nabi Nuh (alaihis salam),agak kerap juga kami kesana untuk membeli belah... Tapi aku bersyukur kerana dapat berkhidmat untuk mereka...

Ismail dan senapang patah...


Pemandangan Bandaraya Sana'a...bersama Keluarga Dr Daud Al-Hidabi...


Blog Widget by LinkWithin

 
fineprint
(c) Coretanku · Using Blogger · Theme by EvanEckard · Blogger Template by Blogger FAQs and Mobi123